Sepanjang tempoh itu juga PRK juga telah mengalami beberapa siri perubahan dan naik taraf bagi disesuaikan dengan iklim pelancongan semasa. Perabot-perabot lama telah banyak yang diganti. Disamping beberapa kemudahan baru telah diperkenalkan seperti kemudahan WiFi dan juga dapur Microwave.
Sepanjang tempoh itu juga kami telah menerima banyak maklumbalas-maklumbalas daripada tetamu yang ternyata bermanafaat bagi kami dalam menilai tahap kecekapan kami dalam memenuhi keperluan dan kehendak tetamu. Kami juga dari semasa ke semasa telah melakukan benchmarking dengan pengusaha-pengusaha lain yang turut serta mewarnai lanskap pelancongan Kota Bharu.
Insyaalah, kami akan berusaha untuk terus bersaing bagi tempoh yang lebih panjang lagi dalam perusahaan ini . Dengan ini sokongan daripada tetamu-tetamu kami, yang lalu dan yang bakal kami terima adalah sangat kami harapkan. Dan diharapkan anda akan meletakan kami ditempat yang lebih tinggi dalam kelas kami yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment