Monday, September 19, 2011

Pelangi Riverview Kondominium telah masuk tahun 3 operasi

Kini PRK telah menjengah ke tahun ke 3 pembabitanya dalam memeriahkan industri pelancongan di Kota Bharu. Dalam tempoh itu juga ia telah menerima antara 50 ke 100 tetamu dari serata ceruk rantau negara kita Malaysia. Malah PRK juga pernah menerima tetamu antarabangsa dari beberapa buah benua seperti Amerika Syarikat dan Australia.

Sepanjang tempoh itu juga PRK juga telah mengalami beberapa siri perubahan dan naik taraf bagi disesuaikan dengan iklim pelancongan semasa. Perabot-perabot lama telah banyak yang diganti. Disamping beberapa kemudahan baru telah diperkenalkan seperti kemudahan WiFi dan juga dapur Microwave.

Sepanjang tempoh itu juga kami telah menerima banyak maklumbalas-maklumbalas daripada tetamu yang ternyata bermanafaat bagi kami dalam menilai tahap kecekapan kami dalam memenuhi keperluan dan kehendak tetamu. Kami juga dari semasa ke semasa telah melakukan benchmarking dengan pengusaha-pengusaha lain yang turut serta mewarnai lanskap pelancongan Kota Bharu.

Insyaalah, kami akan berusaha untuk terus bersaing bagi tempoh yang lebih panjang lagi dalam perusahaan ini . Dengan ini sokongan daripada tetamu-tetamu kami, yang lalu dan yang bakal kami terima adalah sangat kami harapkan. Dan diharapkan anda akan meletakan kami ditempat yang lebih tinggi dalam kelas kami yang tersendiri.