Wednesday, March 18, 2009

Pelangi Riverview Kondominium Memulakan Operasi

Tanggal 1 Mac 2009, Pelangi Riverview Kondominium memulakan operasinya secara rasmi. Pelangi Riverview Kondominium merupakan rumah tamu (guest house) yang menawarkan perkhidmatan penginapan bagi tetamu atau pelancong yang berhasrat untuk bertandang ke bandar Kota Bharu. Terletak di pinggiran aliran tenang sungai kelantan di blok B bangunan Pelangi Mall yang merupakan mercu tanda terbaru Kota Bharu amat mudah untuk dilihat bagi mereka yang pertama kali bertandang ke bandar ibu negeri cik siti wan kembang tersebut. Ia terletak diatas tapak seluas ??ha dan terdiri daripada 3 blok bangunan setinggi 15 dan 23 tingkat. Kedudukan Pelangi Mall yang strategik di tengah-tengah bandar Kota Bharu menjadikan Pelangi Riverview Kondominium sebagai sebuah rumah tamu (guest house) yang menjadi tarikan utama kepada pelawat yang mengunjungi negeri kelantan samada untuk percutian keluarga mahupun untuk tujuan tugasan rasmi.

Pelangi Mall

Lokasi

Rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium berada dilokasi yang amat berdekatan dengan kemudahan-kemudahan utama seperti medan selera, pusat tarikan pelancongan, klinik, shopping kompleks, pasar besar dan sebagainya. Bagi pelancong, pusat tarikan utama hanyalah berada dalam linkungan jarak berjalan kaki sahaja. Untuk ke medan selera Tambatan Di-raja jaraknya hanyalah 2 minit, masjid Muhammadi, Padang Bank, Bank Kerapu - 5 minit. Pasar Siti Khatijah, The Store, Pantai Timur, serta bank-bank utama (CIMB, BIMB, HSBC, RHB) - 10 minit berjalan kaki. Apa yang penting juga, rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium Apartment boleh dicapai dengan mudah melalui beberapa jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan sewaktu musim-musim perayaan dan juga musim cuti sekolah.

Peta Lokasi

Kemudahan

Konsep penginapan seperti di rumah sendiri dengan kemudahan bertaraf hotel telah menjadi aspek tarikan utama kepada tetamu-tetamu yang menginap. Antara beberapa kemudahan gunasama yang tersedia ialah: - 2 buah kolam renang (kanak-kanak dan dewasa) - 2 Sauna (Lelaki dan Perempuan) - Gimnasium - Pengawal keselamatan (24 Jam) - 2 unit lif untuk setiap blok - Parking khas untuk setiap unit. Kedudukan kolam renang serta gimnasium yang terletak di aras 10 juga menjanjikan suasana yang nyaman dan selesa kepada pengguna.

Disamping itu juga rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium di Pelangi Mall direkabentuk dengan menarik bagi membolehkan pengunjung menikmati panorama indah sewaktu terbenam pada waktu petang. Dari aras 10, pengunjung akan dapat menyaksikan 80% daripada keseluruhan panorama bandar kota bharu. Arah utara pula hampir keseluruhan daerah tumpat, dan pasir mas dapat dilihat. Malah sebahagian tanah tinggi negara thai juga turut kelihatan dengan jelas.

Kelengkapanbilik utama

Pelangi Riverview Kondominium terletak di aras 21 menghadap ke sungai kelantan. Ia disediakan dengan kemudahan ruang tamu, ruang makan, serta dapur yang dilengkapi dengan kabinet. Tersedia dengan kemudahan 4 bilik tidur serta 3 bilik air bakal menyediakan ruang secukupnya kepada tetamu. Dengan keluasan lantai keseluruhan melebihi 1500 kaki persegi, ia menjanjikan keselesaan kepada para tetamu bekeluarga mahupun berkumpulan.

ruang TamuAspek keselamatan juga amat dititik beratkan dengan setiap tingkap dilengkapi jeriji keselamatan bagi mengelakkan kemalangan terutama terhadap kanak-kanak. Antara kelengkapan utama yang disediakan kepada tetamu ialah: - Pemanas air (setiap bilik air utama) - Peti Sejuk - Set sofa - Meja makan (6 kerusi) - Peti televisen - Cerek Elektrik - Induction Cooker - Peralatan dapur asas seperti pinggan mangkuk.

Panorama Sg KelantanSegala aktiviti disepanjang sungai kelantan pastinya tidak akan terlepas daripada mata para pengunjung. Tambatan diraja yang menjadi tempat mengukur aras banjir dapat dilihat jelas disamping rumah-rumah rakit termasuklah yang digunakan oleh polis marin. Aktiviti bot-bot tambang yang berulang alik membawa penumpang dari Palekbang amat mengasyikan serta menjadi penyeri kepada aliran air sungai kelantan yang selebar lebih kurang 300 meter.

Capaian Internet

Bagi mereka yang memerlukan kepada capaian internet, anda hanya perlu ke aras bawah. Sambil pekena kopi, atau menyaksikan gelagat mereka yang bermain jetski, anda boleh melayari internet secara percuma melalui hotspot yang tersedia.

Kadar Sewaan

Kadar sewaan yang dikenakan adalah amat berpatutan. Bagi memberikan lebih nilai pada wang anda kadar yang dikenakan adalah semakin rendah untuk tempoh penginapan yang lebih lama. Penjimatan maksima sehingga rm460.00 diberikan untuk tempoh penginapan selama satu minggu. Harga pengenalan bermula serendah rm215.00 untuk satu malam untuk penginapan selama satu minggu secara berterusan tanpa dikenakan sebarang surcaj bagi hari minggu. Bagi hari-hari biasa untuk penginapan selama satu malam harga yang dikenakan hanyalah rm280.00.

Kadar ini adalah sah untuk tempoh pengenalan sahaja dan kadar baru akan diguna pakai bermula satu tempoh yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Jadual Kadar Harga

Pelangi Riverview Kondominium diruskan oleh Nisal Marketing & Services. Sayrikat juga telah membangunkan satu laman web di www.jompergi.com bagi memudahkan tetamu mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh diajukan terus kepada Pn Nisa di 019-9175690 atau email niknisal@jompergi.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau niknisal@yahoo.com

3 comments:

  1. Mengambil kesempatan tarikh 1 Mac permulaan operasi PRK yang mana ianya juga merupakan tarikh lahir saya ... 53 tahun yang lalu ... di tapak Kondominium ini, bertempat di No.61, Jalan Pasar Lama. Semoga Pn Nisa bersama suami serta keluarga di beri ALLAH kerahmatan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! kerana dilimpahi rahmat serta dipanjangkan umur oleh Allah untuk melihat pembangunan tanah tumpah darah. Namun saya hari ini, 21 Mac 2009 menerima berita sedih tentang pemergian sahabat baik saya iaitu Nik Ahmad Rithaudeen Bin Nik Jaafar yang menyahut panggilan illahi pulang ke rahmatullah pada pagi tadi. Mudah-mudahan dapat kita semua sedekahkan Al-Fatihan untuk beliau semoga ditempatkan roh beliau di tempah mereka yang paling hampir denganNya disana. .. Al_Fatihah...

    Zaman remaja saya dulu iaitu sekitar 1986 - 88, waktu itu saya sedang belajar di Sek Agama Ma'ahad Muhammadi (L) di jalan pengkalan Chepa. Saya pada masa tersebut menetap bersama-sama keluarga sepupu saya di Wakaf Mek Zainab berhampiran bandar Kota Bharu. Suami beliau pula ketika itu bekerja dengan LLN yang terletak bersebelahan dengan stesen bas sekarang. Masa tersebut saya bersama rakan-rakan dengan berbasikal sering juga 'merayau' sekitar kawasan panggung Lido yang pada waktu itu masih aktif menayangkan filem-filem dari dalam dan luar negara. Kalau tidak silap saya, kawasan tersebut ada beberapa buah gerai makan, namun tidak lah semeriah mana.

    Akhir-akhir ini, saya sering meluangkan masa melayari internet untuk cuba mencari gambar-gambar lama sekitar Kota Bharu, terutamanya kawasan-kawasan yang berhampiran dengan tapak Pelangi Mall hari ini. Dulu saya kurang ambil pusing tentang sejarah dan suasana masa lampau kawasan kota bharu. Namun apabila kami suami isteri mula membangunkan PRK, nostalgia lama semakin hari semakin menghimpit perasaan. Pencarian saya membawa saya untuk 'singgah' lama di http://raykinzoku.fotopages.com/ Disana Ray banyak menyentuh tentang negeri kelantan dan kota bharu.

    ReplyDelete
  3. PRK, semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya sahabat baik Puan.

    Saya bersekolah di Sek Keb Padang Garong, waktu itu bertempat di Jalan Hospital. Bermula tahun '68 ianya berpindah ke Kompleks Sekolah di Wakaf Mek Zainab. Waktu itu saya di darjah 6. Jika menempuh kawasan kompleks, Sek Padang Garonglah yang mula ditempuhi. Di kompleks itu juga disediakan dgn kemudahan sebuah kolam renang.

    Saya membesar dengan Panggung Lido juga dua buah panggong lagi yang berdekatan iaitu panggung Rani dan Odeon. Saya ada menulis tentang tapak panggung Rani ini didalam thread yang sama pada fotopages Ray. Semasa itu, bila guru bertanyakan cita-cita saya, saya akan menjawab untuk menjadi Penjaga Tiket di panggung wayang.

    Di panggung Lido saya menonton kesemua filem awalan James Bond lakonan Sean Conerry. Filem2 seram keluaran Hammer Film Production lakunan Christopher Lee, Peter Cushing dan pelakon cantik Veronica Carlson yang selalu menjadi mangsa Dracula. Kesemua filem P.Ramlee ditayangkan di Lido, kerana filem2 pengedaran Shaw ditayangkan disitu.

    Panggung Odeon pula khas untuk filem2 pengedaran Cathay seperti filem2 lakonan Elvis Presley atau cerita komidi Jerry Lewis yang waktu itu bersama Dean Martin.Di awal tahun 60an, panggung Odeon telah terbakar. Saya masih ingat ianya baru saja tamat tayangan malam cerita Girl2,Girls,Girls lakonan Elvis.

    Panggung RANI pula merupakan panggung tayangan reruns dengan tiket 40sen kelas biasa manakala 80sen dan $1.20 untuk reserved. Ada satu lagi panggung berhampiran pejabat LLN, iaitu panggung REX, juga menanyangkan filem reruns.

    Terimakasih kerana memberi ruang untuk menulis kisah2 lama. Sebenarnya saya merasa sedih dan sayu mengenangkan mereka yang telah tiada. Guru Quran saya yang dipanggil Tok Cik yang garang. Rumahnya dalam 100 meter dari Panggung Lido. Sambil mengajar Quran aruah membuat kotak songkok juga gula2 manisan (Caklak Nisse) dan (Ssaggong).

    ReplyDelete