Wednesday, March 18, 2009

PRK Menerima Tetamu Pertama

Pada 7 Mac baru-baru ini, Pelangi Riverview Kondo menerima tetamu pertama kami iaitu Pn Anida bersama suami serta 2 orang anak disertai ibu serta kakak beliau sekeluarga. Beliau datang dari Kuantan secara berkonvoi menggunakan 2 buah kenderaan.

Beliau tiba sekitar jam 3 petang tanpa sebarang masalah untuk mencari lokasi PRK. Difahamkan Pn Anida adalah agak biasa dengan selok belok Kota Bharu memandangkan beliau pernah menetap dan belajar di Pusat Pengajian Islam Universiti Malaya di Nilam Puri. Ketibaan beliau kami sambut di depan pintu masuk utama ke blok B di bangunan Pelangi Mall. Seterusnya bagi memudahkan beliau sekeluarga, kami membawa mereka ke tempat letak kenderaan yang lebih selesa serta percuma di pinggiran sungai Kelantan. Pengamatan pertama kami mendapati bahawa beliau sekeluarga adalah merupakan sebuah keluarga yang mudah mesra serta sentiasa ceria dan peramah.

Sebaik dibawa naik ke tingkat 21 dimana letaknya Pelangi Riverview Kondo, dari riak wajah mereka kami dapati bahawa mereka berpuas hati dengan keadaan serta kelengkapan yang tersedia di situ. Namun kami terasa ada sedikit kekurangan dimana pasa masa tersebut kami tidak mempunyai sebarang periuk atau bekas 'logam' untuk digunakan bersama unit 'induction cooker' yang kami sediakan. Bekas tersebut penting bagi memanaskan sebarang makanan seperti sup, nasi air, bubur dan sebagainya. Walaubagaimanapun, beliau telah dapat meredakan kebimbangan awal kami apabila riak wajah beliau sekeluarga masih ceria menerima kekurangan tersebut.

Pn Anida sekeluarga akhirnya check-out dari PRK agak awal setelah 2 hari di PRK memandangkan beliau dan juga suami perlu pulang segera ke Kuantan kerana mereka terpaksa bekerja pada keesokan harinya. Kami bertemu di Pasir Puteh yang terletak di pertengahan jalan balik beliau ke Kuantan untuk menyerahkan semula kunci serta kad akses pintu dan juga parking. Meskipun kepenatan setelah 2 hari berada di Kota Bharu serta ke Pengkalan Kubor dan sebagainya, mereka sekeluarga akhirnya bertolak pulang.

Besar harapan kami agar Pn Anida dan juga keluarga membawa pulang kenangan manis sepanjang berada bersama kami dan sekiranya berpeluang, sudi kembali semula dimasa-masa hadapan. Kami juga merakamkan terima kasih kepada beliau kerana meluangkan masa dan tenaga untuk mengemas PRK dengan sebersihnya sebelum check-out. Sehinggakan bagi kami ia seolah-olah ia tidak pernah terusik sebelumnya.

No comments:

Post a Comment