Friday, March 20, 2009

Cik Tini sedang berada di PRK pada waktu ini

Hari ini genaplan 20 hari PRK memulakan operasinya secara rasmi. Pada masa ini Cik Tini dari Penang sedang bertamu bermula hari semalam selama 2 hari 1 malam. Beliau dijangka akan check-out pada hari ini. Besar harapan kami agar rombongan beliau selesa sepanjang berada berada kami di Kota Bharu

Wednesday, March 18, 2009

Pn Bidayah Merupakan Tetamu ke 3 PRK

Pn Bidayah dari trenganu telah memilih untuk menginap di PRK bersama keluarga selama 2 hari satu malam. Beliau check in pada 16 Mei sebaik sahaja rombongan En Zin berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

PRK Menerima Tetamu Kedua

En Zin dari Kuala Lumpur merupakan tetamu kedua bagi PRK. Beliau check-in pada 14 Mei untuk penginapan selama 3 hari 2 malam. Disamping isteri serta 3 orang anak, turut serta besama beliau adalah ibu bapa serta adik-adik yang berkonvoi menggunakan 3 buah kenderaan. Keberadaan beliau di Kota Bharu adalah atas urusan pertunangan adik beliau yang ketiga yang dijadual melangsungkan pertunangan pada keesokkan harinya. En Zin yang bertugas dengan PLUS di Kuala Lumpur tidak menghadapi sebarang masalah untuk sampai di Pelangi Mall dengan bantuan adik lelaki beliau yang arif tentang selok belok bandar Kota Bharu. Ini kerana adik belaiu sekarang sedang menuntut di Politeknik Kota Bharu dalam kursus kejuruteraan automotif.

Selepas mengharungi perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur melalui Selama, Perak dan seterusnya ke Kota Bharu akhirnya buat kesekian kalinya beliau sampai sekali lagi ke Kota Bharu. Ini kerana sebelumnya adik beliau yang kedua juga beristerikan gadis kelantan dari kg Gajah Mati yang terletak dipinggir bandar Kota Bharu.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada beliau sekeluarga kerana selamat melangsungkan majlis pertunangan dan sekali lagi mengalu-alukan trip seterusnya beliau ke Kota Bharu yang dijadualkan pada 5 Jun nanti untuk majlis perkahwinan. Disamping itu kami juga memohon maaf akibat kekalutan yang berlaku semasa beliau check-out dari PRK. Ini kerana pada masa tersebut kami tidak berada di Kelantan untuk menguruskan hal-hal berkaitan check-out tersebut.

PRK Menerima Tetamu Pertama

Pada 7 Mac baru-baru ini, Pelangi Riverview Kondo menerima tetamu pertama kami iaitu Pn Anida bersama suami serta 2 orang anak disertai ibu serta kakak beliau sekeluarga. Beliau datang dari Kuantan secara berkonvoi menggunakan 2 buah kenderaan.

Beliau tiba sekitar jam 3 petang tanpa sebarang masalah untuk mencari lokasi PRK. Difahamkan Pn Anida adalah agak biasa dengan selok belok Kota Bharu memandangkan beliau pernah menetap dan belajar di Pusat Pengajian Islam Universiti Malaya di Nilam Puri. Ketibaan beliau kami sambut di depan pintu masuk utama ke blok B di bangunan Pelangi Mall. Seterusnya bagi memudahkan beliau sekeluarga, kami membawa mereka ke tempat letak kenderaan yang lebih selesa serta percuma di pinggiran sungai Kelantan. Pengamatan pertama kami mendapati bahawa beliau sekeluarga adalah merupakan sebuah keluarga yang mudah mesra serta sentiasa ceria dan peramah.

Sebaik dibawa naik ke tingkat 21 dimana letaknya Pelangi Riverview Kondo, dari riak wajah mereka kami dapati bahawa mereka berpuas hati dengan keadaan serta kelengkapan yang tersedia di situ. Namun kami terasa ada sedikit kekurangan dimana pasa masa tersebut kami tidak mempunyai sebarang periuk atau bekas 'logam' untuk digunakan bersama unit 'induction cooker' yang kami sediakan. Bekas tersebut penting bagi memanaskan sebarang makanan seperti sup, nasi air, bubur dan sebagainya. Walaubagaimanapun, beliau telah dapat meredakan kebimbangan awal kami apabila riak wajah beliau sekeluarga masih ceria menerima kekurangan tersebut.

Pn Anida sekeluarga akhirnya check-out dari PRK agak awal setelah 2 hari di PRK memandangkan beliau dan juga suami perlu pulang segera ke Kuantan kerana mereka terpaksa bekerja pada keesokan harinya. Kami bertemu di Pasir Puteh yang terletak di pertengahan jalan balik beliau ke Kuantan untuk menyerahkan semula kunci serta kad akses pintu dan juga parking. Meskipun kepenatan setelah 2 hari berada di Kota Bharu serta ke Pengkalan Kubor dan sebagainya, mereka sekeluarga akhirnya bertolak pulang.

Besar harapan kami agar Pn Anida dan juga keluarga membawa pulang kenangan manis sepanjang berada bersama kami dan sekiranya berpeluang, sudi kembali semula dimasa-masa hadapan. Kami juga merakamkan terima kasih kepada beliau kerana meluangkan masa dan tenaga untuk mengemas PRK dengan sebersihnya sebelum check-out. Sehinggakan bagi kami ia seolah-olah ia tidak pernah terusik sebelumnya.

Pelangi Riverview Kondominium Memulakan Operasi

Tanggal 1 Mac 2009, Pelangi Riverview Kondominium memulakan operasinya secara rasmi. Pelangi Riverview Kondominium merupakan rumah tamu (guest house) yang menawarkan perkhidmatan penginapan bagi tetamu atau pelancong yang berhasrat untuk bertandang ke bandar Kota Bharu. Terletak di pinggiran aliran tenang sungai kelantan di blok B bangunan Pelangi Mall yang merupakan mercu tanda terbaru Kota Bharu amat mudah untuk dilihat bagi mereka yang pertama kali bertandang ke bandar ibu negeri cik siti wan kembang tersebut. Ia terletak diatas tapak seluas ??ha dan terdiri daripada 3 blok bangunan setinggi 15 dan 23 tingkat. Kedudukan Pelangi Mall yang strategik di tengah-tengah bandar Kota Bharu menjadikan Pelangi Riverview Kondominium sebagai sebuah rumah tamu (guest house) yang menjadi tarikan utama kepada pelawat yang mengunjungi negeri kelantan samada untuk percutian keluarga mahupun untuk tujuan tugasan rasmi.

Pelangi Mall

Lokasi

Rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium berada dilokasi yang amat berdekatan dengan kemudahan-kemudahan utama seperti medan selera, pusat tarikan pelancongan, klinik, shopping kompleks, pasar besar dan sebagainya. Bagi pelancong, pusat tarikan utama hanyalah berada dalam linkungan jarak berjalan kaki sahaja. Untuk ke medan selera Tambatan Di-raja jaraknya hanyalah 2 minit, masjid Muhammadi, Padang Bank, Bank Kerapu - 5 minit. Pasar Siti Khatijah, The Store, Pantai Timur, serta bank-bank utama (CIMB, BIMB, HSBC, RHB) - 10 minit berjalan kaki. Apa yang penting juga, rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium Apartment boleh dicapai dengan mudah melalui beberapa jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan sewaktu musim-musim perayaan dan juga musim cuti sekolah.

Peta Lokasi

Kemudahan

Konsep penginapan seperti di rumah sendiri dengan kemudahan bertaraf hotel telah menjadi aspek tarikan utama kepada tetamu-tetamu yang menginap. Antara beberapa kemudahan gunasama yang tersedia ialah: - 2 buah kolam renang (kanak-kanak dan dewasa) - 2 Sauna (Lelaki dan Perempuan) - Gimnasium - Pengawal keselamatan (24 Jam) - 2 unit lif untuk setiap blok - Parking khas untuk setiap unit. Kedudukan kolam renang serta gimnasium yang terletak di aras 10 juga menjanjikan suasana yang nyaman dan selesa kepada pengguna.

Disamping itu juga rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium di Pelangi Mall direkabentuk dengan menarik bagi membolehkan pengunjung menikmati panorama indah sewaktu terbenam pada waktu petang. Dari aras 10, pengunjung akan dapat menyaksikan 80% daripada keseluruhan panorama bandar kota bharu. Arah utara pula hampir keseluruhan daerah tumpat, dan pasir mas dapat dilihat. Malah sebahagian tanah tinggi negara thai juga turut kelihatan dengan jelas.

Kelengkapanbilik utama

Pelangi Riverview Kondominium terletak di aras 21 menghadap ke sungai kelantan. Ia disediakan dengan kemudahan ruang tamu, ruang makan, serta dapur yang dilengkapi dengan kabinet. Tersedia dengan kemudahan 4 bilik tidur serta 3 bilik air bakal menyediakan ruang secukupnya kepada tetamu. Dengan keluasan lantai keseluruhan melebihi 1500 kaki persegi, ia menjanjikan keselesaan kepada para tetamu bekeluarga mahupun berkumpulan.

ruang TamuAspek keselamatan juga amat dititik beratkan dengan setiap tingkap dilengkapi jeriji keselamatan bagi mengelakkan kemalangan terutama terhadap kanak-kanak. Antara kelengkapan utama yang disediakan kepada tetamu ialah: - Pemanas air (setiap bilik air utama) - Peti Sejuk - Set sofa - Meja makan (6 kerusi) - Peti televisen - Cerek Elektrik - Induction Cooker - Peralatan dapur asas seperti pinggan mangkuk.

Panorama Sg KelantanSegala aktiviti disepanjang sungai kelantan pastinya tidak akan terlepas daripada mata para pengunjung. Tambatan diraja yang menjadi tempat mengukur aras banjir dapat dilihat jelas disamping rumah-rumah rakit termasuklah yang digunakan oleh polis marin. Aktiviti bot-bot tambang yang berulang alik membawa penumpang dari Palekbang amat mengasyikan serta menjadi penyeri kepada aliran air sungai kelantan yang selebar lebih kurang 300 meter.

Capaian Internet

Bagi mereka yang memerlukan kepada capaian internet, anda hanya perlu ke aras bawah. Sambil pekena kopi, atau menyaksikan gelagat mereka yang bermain jetski, anda boleh melayari internet secara percuma melalui hotspot yang tersedia.

Kadar Sewaan

Kadar sewaan yang dikenakan adalah amat berpatutan. Bagi memberikan lebih nilai pada wang anda kadar yang dikenakan adalah semakin rendah untuk tempoh penginapan yang lebih lama. Penjimatan maksima sehingga rm460.00 diberikan untuk tempoh penginapan selama satu minggu. Harga pengenalan bermula serendah rm215.00 untuk satu malam untuk penginapan selama satu minggu secara berterusan tanpa dikenakan sebarang surcaj bagi hari minggu. Bagi hari-hari biasa untuk penginapan selama satu malam harga yang dikenakan hanyalah rm280.00.

Kadar ini adalah sah untuk tempoh pengenalan sahaja dan kadar baru akan diguna pakai bermula satu tempoh yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Jadual Kadar Harga

Pelangi Riverview Kondominium diruskan oleh Nisal Marketing & Services. Sayrikat juga telah membangunkan satu laman web di www.jompergi.com bagi memudahkan tetamu mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh diajukan terus kepada Pn Nisa di 019-9175690 atau email niknisal@jompergi.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau niknisal@yahoo.com